Thursday, 29 December 2022

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas.

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu ini, kesemua kelab dan organisasi di UKM berada disini bagi mempromosi kelab mereka dan menarik penyertaan para pelajar baharu untuk mendaftar sebagai ahli.

Mas turut tak terkecuali sebab memang minggu tu banyak masa lapang jadi pergilah kesana.

Aras 6 dan 5 Pusanika dipenuhi ramai orang baik dari pelajarnya, kakitangannya mahupun orang luar. Masa tengah pusing-pusing mencari barang percuma yang mereka tawarkan Mas terserempak dengan satu organisasi luar di UKM iaitu Sekolah Seni Malaysia. Mereka merupakan sebuah sekolah yang berfokuskan kepada bidang seni seperti seni lukis, tari, nyanyi, bina dan macam lagi-lagi. 

Berikut adalah gambar yang sempat Mas ambil pada hari itu.

Kesemua gambar yang ditunjukkan merupakan karya dari pelajar-pelajar sekolah tersebut.








Jika anda bertanggapan bahawa 'Ah, sekolah seni je pun. Apa menariknnya?'

Anda mempunyai persepsi yang salah. Sekolah Seni Malaysia berfokuskan kepada seni tidak bermakna akademik ditinggalkan. Malahan, terdapat alumni mereka yang mempunyai pekerjaan sebagai doktor kesihatan, jurutera dan berbagai lagi. 

Justeru, usahlah memandang enteng terhadap sekolah yang bertaraf antarabangsa ini, dan janganlah menidakkan hak anda atau orang lain dari menceburi bidang seni kerana,

    Dunia tiada warnanya

        Jika

    Seni lenyap di mata dunia

Wednesday, 28 December 2022

Pengalaman ke konsert

 Hi dan assalamualaikum semua!!Hari ni saya nak cerita sedikit pengalaman saya ke konsert.Tapi sebelum tu korang jangan la expect konsert yang besar-besar macam konsert kpop tu semua.Yang ini saya pergi konsert local je, konsert yang free untuk dilihat HAHAHA...Boleh lah sekadar hilangkan sikit stress study tu ^^

    Pertama sekali, saya akan ceritakan tentang pengalaman saya ke konsert Insomniacks.Bagi yang tak tahu Insomniacks ni apa, Insomniacks ialah satu kumpulan pop rock yang dianggotai oleh 4 orang pemuda tetapi kini ahli mereka berkurang menjadi 3 orang.Insomniacks adalah salah satu band local yang saya gemari.Mereka mempunyai 9 single.Antara lagu mereka yang saya sering dengar ialah Pulang,Sempurna, dan Reminisensi.

    Konsert tersebut diadakan di Multimedia University (MMU) sempena majlis konvokesyen mereka.Disitu terdapat juga band lain selain Insomniacks seperti Bunga, Clumsygang, Patriots dan banyak lagi.Tidak seronoklah jika pergi ke konsert berseorangan jadi saya ditemani rakan saya Farizah.Kami sangat seronok pada malam itu.



    Seterusnya, baru-baru ini saya dapat melihat satu lagi konsert band local iaitu K-Clique di event Rock'N Riuh.Disana juga terdapat artis lain seperti Yonnyboii, Iamneeta. Aizat Amdan dan ramai lagi.Saya bersama 3 orang lagi kawan ke sana pada hari sabtu 17 Disember 2022.Waktu kami sampai disana, terdapat ramai sanagat orang dan susah sikit nak cari parking.Sambil-sambil pergi untuk melihat konsert, di sana juga terdapat gerai-gerai yang menjual air, makanan, pakaian dan banyak lagi.




MY HOSTEL

KOLEJ KERIS MAS

Now, I would like to introduce the hostel that I live in, Kolej Keris Mas (KKM). KKM is well-known in UKM as it is the second huge college in UKM. It is near Kolej Rahim Kajai (KRK) and also the Dewan Gemilang

The most attractive thing which is in this college is the and various of mouth-watering food. There has a lot of stalls that sell different kinds of food such as nasi goreng, chicken chop, nasi ayam penyetnasi ayam, etc. These foods are absolutely delicious and the price is also affordable and reasonable. Moreover, in this college, we can also easily to get some yummy drinks like tea, coffee, air limau and so on. 

    Other than that, we have also a convenience stall here! It really makes our life easy in this hostel! Last but not least, this college is full of equipment with a variety of facilities such as a convention room that can be used for organizing some events, a big hall, an indoor badminton court, and a seminar room as well as a lift since it is a six-floor building. 

    In conclusion, I am proud for being a part of this college. So, feel free to visit here. I would sure that you would feel surprised and have wonderful as well as priceless memories here!



MID SEM BREAK - ALIAH

 CUTI - CUTI MID SEM

Banyak tempat telah saya pergi, semuanya menjadi kenangan yang saya akan ingati sampai bila bila. Untuk blog kali ini, saya ingin berkongsi tempat yang baru baru sahaja saya lawati, ialah di sungai manggis hulu langat. Saya telah kesana Bersama keluarga dan Bersama pakcik dan makcik saya kesana. Kami berangkat dari rumah anggaran pada pukul 9 pagi. Setibanya di sana kami membina khemah yang dibawa dan menyewa tempat untuk memudahkan persalinan selepas mandi manda.



Setibanya disitu ibu ibu bersiap sedia dengan makanan yang sudah disediakan untuk memasak Bersama dan bapa bapa pula membina apa yang patut. Kanak kanak pula sudah berada di dalam air. Cuaca pada hari tersebut agak baik pada mulanya namun apabila petang tiba hujan mula membasahi sedikit demi sedikit tiba lebat hanya renyai sahaja.  



Ketika hendak membakar ayah dan lelaki dewasa yang lain mencari kayu atau buluh untuk dijadikan tapak untuk meletak grill pembakar untuk memulakan pembakaran. Saya juga berpeluang untuk main masak masak diluar dengan pemandangan sungai yang sangat tenang dilihat. Ramai juga pengunjung yang hadir pada hari tersebut tetapi tidak terlalu padat dan sangat selesa mungkin kerana tidak ramai yang tahu tentang tempat itu. 

Selain daripada itu, kami juga pergi berkelah di Putrajaya, sememangnya kami akan sediakan dulu makanan daripada rumah, saya pergi Bersama dengan makcik makcik saya. Dekat Putrajaya kami juga main basikal, lumba basikallah konon nya. Lama juga kat sana tu, panas ceng ceng orang kata. Di Putrajaya ada yang main kayak dan naik bot sampai lah tengah hari kami pun balik kerumah.




Hari keesokannya saya dan keluarga dan makcik saya, pergi ke ikea membeli belah, jalan jalan, makan makan, tak lama pun kerana semua perempuan je kecuali budak budak. Malam daripada tu kami pula keluar ke ioi untuk melihat mechamato boboiboy. Besttt tapi takleh kalahkan ejen ali hihi.



Banyak lagi aktiviti yang dibuat seperti bertemu kawan lama, lepak bersama mereka. tapi sampai sini sahaja cerita saya untuk kali ini. 

 


Sunday, 25 December 2022

MELIBATKAN DIRI

 " FUN ACTIVITIES? DONE! "


Assalamualaikum/Hai,
Penulisan kali ini adalah untuk saya berkongsi beberapa pengalaman yang banyak mengajar saya dan memberi saya sedikit kenangan kehidupan sebagai seseorang bergelar pelajar universiti.

XTREME-C

Xtreme-C merupakan salah satu persatuan yang diwujudkan bagi memastikan kebajikan penghuni Kolej Ungku Omar dapat dijaga. Kelab ini telah diwujudkan sejak tahun 2002. Kini, Xtreme-C ini berada di generasinya yang ke-20 bagi sesi 2022/2023. Terdiri daripada 101 orang anggota mahasiswa/i KUO yang mana 65 orang daripadanya ada pelajar tahun 1 bagi sesi 2022/2023. Kelab ini juga merupakan sokongan kepada kepimpinan kolej yang mana akan melatih pelajar bagi menyiapkan diri jika berminat untuk menjadi calon Majlis Eksekutif Pelajar KUO. Bukan itu sahaja, Kelab XC ini juga berteraskan sukan-sukan lasak.

HARI INTERAKSI-1 : An Established Legacy Generasi-20








SABAH 

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan bagi sesi 2022/2023 bersempena kemasukan pelajar baru. Diadakan oleh Persatuan Mahasiswa/i Sabah (PERMIS) untuk mengeratkan hubungan antara pelajar-pelajar baharu dan saling kenal-mengenali bagi memudahkan sebarang urusan kelak. 




ULTRAS

Ultras ini dikenali sebagai Tarantula Ultras dan keterbukaannya dikhaskan hanya untuk mahasiswa yang menetap di Kolej Ungku Omar. Ultras ini adalah salah satu persatuan yang akan menjadi tulang belakang penyokong apa jua acara, aktiviti, pertandingan dan pelbagai lagi bagi memeriahkan dan memberi semangat kepada para pemain yang terlibat. Seramai 121 orang komrad (mahasiswa/i) yang terlibat bersama dalam persatuan ini.



MGVI

Malaysia Genome & Vaccine Institute (MGVI) adalah pusat penyelidikan yang terletak di Kajang, Selangor. Mempunyai banyak makmal yang menjalankan pelbagai proses penyelidikan yang membantu Malaysia menjadi salah satu negara yang berkembang dari segi perubatan dan inovasi sains atau GMO. Lawatan ini diadakan bagi tujuan pengenalan pelajar Citra Isu dan Kegunaan Organisma Diubahsuai Genetik (LMBR1512).





GELANGGAN TEATER III

Gelanggang Teater III ini adalah satu pertandingan teater yang disertai oleh 8 kumpulan atau organisasi dan bertempat di Dewan Sivik MBPJ. Pertandingan ini dihadiri oleh orang awam dan juga pelajar Citra Seni Lakon I dan Citra Seni Lakon Bangsawan pada setiap malam, bermula 13 hingga 16 Disember 2022.






PERBARISAN : SUKEM

Perbarisan SUKEM berlangsung dengan anggaran seramai lebih daripada 50 orang peserta/pelajar yang terlibat secara langsung. Perbarisan adalah acara pembukaan di samping pertandingan SUKEM yang mana peserta akan mewakili kolej kediaman masing-masing. Kontijen KUO adalah kontijen yang berada di barisan paling hadapan justeru persembahan pertama yang dilaksanakan.




Terdapat banyak lagi tetapi setakat ini sahaja penulisan kali ini.

Sekian, terima kasih.


Penulis,
NOR FATIYAH BINTI MAJURIL
A194521

" Focus on the step in front of you, not the whole staircase "

Saturday, 24 December 2022

Minggu pertama di UKM

Hai assalamualaikum semua!! Kalini saya kembali untuk menceritakan bagaimana liku-liku dan pengalaman pahit manis saya sepanjang seminggu saya berada di UKM.Minggu pertama adalah minggu kami sebagai pelajar untuk suaikenal bersama rakan, menjelajah tempat-tempat di UKM dan mengenali mentor-mentor dan pensyarah-pensyarah yang ada.Minggu pertama ini dipanggil sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW).Banyak pengalaman baharu yang saya dapat sepanjang MAW ini dijalankan.

  • Perasaan saya semasa hari pertama ingin menjejakkan kaki di UKM ini sangatlah excited dan agak berdebar sedikit maklumlah first time merasa masuk universiti sebelum ini hanyalah kolej yang tidak terlalu besar.Sebaik saja tiba di UKM, saya dan keluarga perlu meletakkan kereta di Dewan Gemilang lalu mengangkat barang-barang menaiki bas untuk ke kolej saya iaitu Kolej Keris Mas.Tiba di kolej saya terus diarahkan untuk membuat pendaftaran dan pergi kebilik untuk mengemas apa yang patut.
Masuk melalui pintu 2 UKM.

Kolej Keris Mas.

  • Seterusnya adalah hari dimana kami bertemu dan mengenali akak-akak dan abang-abang fasi lalu melakukan aktiviti bersama.Kami mempelajari cara cheers dan tepukkan turun-temurun bagi Kolej Keris Mas.Kemudian kami diarahkan ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk taklimat MAW.

  • Pada hari berikutnya,kami ke Stadium UKM untuk melihat acara kawad kaki antara kolej dan melihat perlawanan bola antara pensyarah dan pelajar.

  • Selain itu,kami juga berkesempatan ke masjid universiti untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah sempena hari maulidurasul.

  • Pada hari angkat sumpah, kami sebagai pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia diarahkan untuk berpakaian seragam iaitu berbaju biru dan bertudung putih manakala lelaki berkemeja putih, untuk acara mengangkat sumpah dan secara rasminya kami telah bergelar sebagai anak watan.Kami juga dapat melihat pelbagai persembahan menarik.

  • Akhir sekali adalah acara kemuncak.Ini ialah acara yang dinanti-nantikan oleh semua anak watan iaitu perang DECTAR.Perang ini adalah acara dimana kami semua akan berlawan cheers antara kolej sehingga larut malam.Acara ini adalah acara yang paling tidak dapat saya lupakan kerana kita dapat lihat semangat berpasukan dan tenaga yang penuh diberikan oleh setiap orang.


Friday, 23 December 2022

TEMPAT MENARIK - MASITA

Restoran Hot Meal Bar

Inilah rupa mi tarik itu. Hiraukan kualiti persembahan makanan Mas ya.

1.   Restoran Hot Meal Bar, Pusanika, UKM

          Pada hari pertama di UKM, selepas dah siap-siap mengemas bilik dan benda sekufu dengannya, Mas terus pergi cari satu-satunya Restoran Mi Tarik di UKM iaitu Restoran Hot Meal Bar di aras 3, Pusanika. 

        Mas tahu kewujudan restoran ini melalui aplikasi TikTok yang menyatakan restoran ini adalah destinasi wajib dikunjungi. Mi tarik dia memang sedap dan dijamin 100% kenyang sampai ke malam. 

        Oh ya, mereka juga menyediakan diskaun pelajar. Untung saja Mas pergi masa hari pertama kerana keadaan tidak sesibuk seperti hari-hari kuliah.



 

Caramel Machiato dan Mexican Coffee bun. Siapa yang tahu makna tulisan itu, komen ya!
Oh ya, rasa kopi itu tak begitu manis sebab Mas minta kurang manis. 9/10 secara keseluruhan.

2.   Monti Keopi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

         Kepada pencinta kafein dan budaya Korea, kafe ini wajib anda kunjungi. Mas bukanlah seorang pencinta kafein tapi lebih kepada menikmati akan kehangatan kafein yang baru dibru.

         Kafe ini terletak di aras 1, FSSK. Kafe turut menyediakan roti dan macam-macam lagi. Harga adalah mampu milik bagi seorang pelajar namun digalakkan untuk beli 2-3 cawan setiap bulan kerana menjaga kesihatan adalah suatu yang mustahak. Kafe ini ala-ala Starbuck; Pembeli boleh minta kurang gula, tambah espresso dan lain-lain. 

        Memandangkan kafe ini berkonsepkan budaya Korea, pengunjung akan disajikan dengan cawan comel yang mempunyai tulisan Hangul serta kafe yang minimalis; sesuai sebagai lokasi berswafoto.



 

Ini adalah pemandangan dari perhentian bas. Unik kan, reka bentuk bangunan di UKM. Bangunan yang anda lihat itu merupakan Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Ini pula ialah gambar berfokuskan kepada awan. Menarik kan? 
ᨆTenang ribut jiwaᨆ

3.   Perhentian Bas Perpustakaan Tun Sri Lanang

        Mesti pelik kan? Banyak-banyak tempat, perhentian bas juga dipilih.

         Mas pilih lokasi ini sebab ini adalah lokasi yang Mas paling kerap kunjungi meskipun berasal dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

         Bas Zon 2,3,6 dan Bas MRT T451 akan berhenti di sini dengan kekerapan bas: 20 minit. Mas suka dekat sini sebab dapat menikmati lanskap awan yang damai, melihat ragam orang ramai baik pejalan kaki mahupun pengguna kenderan.    

        Sekiranya, anda singgah ke perhentian ini pada waktu 11 pagi keatas, anda digalakkan membawa payung kerana bahang matahari pada waktu ini amat terik.



 

Ini gambar sewaktu Minggu Apresiasi Watan bersama Domain Kelestarian. Di belakang merupakan Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas + Kafe.

Pemandangan dari bilik Mas. Disini Mas sering dapat lihat interaksi hidupan fauna ya.

4.   Kolej Keris Mas, UKM

        KKM adalah antara kolej terbesar di UKM Bangi ini. KKM merupakan satu-satunya kolej di bangi yang dilengkapi dewan dan gelanggang badminton.

         Infrastruktur di KKM sendiri adalah yang terbaik seperti dilengkapi mesin basuh, mesin pengering, penapis air ( Coway dan Cuckoo) di setiap blok. 

        KKM juga sering menjadi destinasi perhentian bagi berbagai jenis fauna seperti beruk, monyet, anjing, kucing dan bermacam lagi. 

        Sekiranya anda terpilih kesini, bersyukurlah kerana anda turut dapat merasai sendiri interaksi secara langsung dengan hidupan fauna ini.  

MINGGU PERTAMA DI UKM - MASITA

 

Swafoto bersama mak. Hiraukan sudut gambar ini, maklumlah Mas bukan seorang fotogenik.

Sewaktu dalam perjalanan ke kolej, menaiki bas UKM. Mas tak mengintip akak itu ya, cuma Mas ambil gambar ini secara rawak sebab gemuruh yang tak boleh disembunyikan lagi.

1.    Pengalaman pada hari pertama di UKM

        Sebaik kaki mencecah bumi UKM ini, jujur pelbagai perasaan bercampur baur. Hiba, kagum, syahdu, galau. Mas datang ke sini ditemani mak, ayah, dan adik. 

        Pada awalnya, momen ini masih lagi terasa sebagai khayalan semata-mata kerana Mas bukanlah orang yang bijak akademik mahupun di bidang bukan akademik. Tindakan sambung belajar ini pun hanya untuk membahagiakan ibubapa; lagi-lagi bapa yang tidak kesampaian sambung ke menara gading dek masalah keluarga yang kian mencengkam. Waktu menulis blog ini pun, perasaan yang sama turut hadir berkunjung.

         Sepanjang perjalanan ke Dewan Gemilang sebelum menuju ke Kolej Keris Mas, perasaan kagum memenuhi diri kerana ramai-ramai orang memohon ke UKM, Mas antara insan terpilih ke Universiti Watan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Senang cerita, belajar bersungguh-sungguh dan alami perasaan yang Mas sendiri rasai ini. Syahdu menguasai diri apabila melihat reaksi mak ayah yang tergamam dengan keunikan rekabentuk di UKM ini. InsyaAllah ijazah BBA, mu tunggu ku datang!



 

Video menunjukkan slogan KKM daripada senior-senior KKM.

Suasana sewaktu perang laungan pada hari terakhir MAW 2022. Penampilan istimewa : ULTRAS UKM.

2.   Belajar mengenai perang DECTAR. 

        Sebagai seorang introvert, Mas lebih suka akan keadaan yang tenang, harmoni dan santai sehinggalah Mas dikenalkan perang DECTAR oleh senior-senior sewaktu Minggu Apresiasi Watan 2022.

         Perang Dectar adalah warcry atau perang laungan antara kolej-kolej di UKM pada hari terakhir minggu MAW bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Perang ini akan dimenangi oleh kolej yang bertahan hingga ke akhir yang akhirnya akan mengemas sendiri dewan tersbut. Senior memaklumkan bahawa KKM sentiasa memenangi perang DECTAR tersebut sebab KKM sentiasa mempunyai pelajar baharu teramai dan slogan yang paling gempak dibandingkan dengan kolej lain. Antara slogan yang Mas ingat adalah: 

Bangsa apa,

Bangsa Keris!

KKM sehati sejiwa!

KKM sehati sejiwa!

Mencipta kelainan, mencabar kelaziman!  

Pastikan kemenangan, milik kita!

Bangsa Keris!

Bangsa, Bangsa Keris!

Gooooo,

Tigersssss!

Persaingan memang sengit. Malahan, KKM sendiri telah melakukan gabungan beserta kolej lain seperti Kolej Rahim Kajai(KRK) dan Kolej Tun Syed Nasir(KTSN) hanya untuk mengalahkan Kolej Pendeta Zaba’(KPZ). KPZ merupakan musuh tradisi bagi KKM dalam setiap edisi warcry yang dianjurkan. Selepas acara ini, anda akan mengalami sakit tekak dek penggunaan suara sehingga ke tahap maksimum Sayang sekali, KKM gagal mempertahankan kemenangan buat edisi kali ini namun begitu memori yang tercipta akan disemat dalam ingatan selamanya.




Bersama para senior dan bunga-bunga kawad kaki MAW 2022

Bunga-bunga yang mekar di malam hari

Hehe. Saja nak kongsi sebab diri nampak menarik disini.

*Shout-out to Cik Nisa Nur Jannah for capturing this one. 

3.    Meyertai acara kawad

         Tidak lupa juga, Mas ada sertai acara kawad kaki kolej bersempena hari sukan MAW yang dirasmikan sendiri oleh Naib Canselor UKM. Majlis turut disertai oleh para mahasiswa UKM antaranya ialah Nur Dhabitah Sabri iaitu atlet terjun negara yang tidak perlu disangkal lagi kehebatan beliau.

        Pasukan kawad kami tak buat sebarang persediaan pun kerana katandusan masa lapang. Kami cuma berlatih dalam 2 jam sebelum perarakan bermula. Risau dan gemuruh itu, jangan cakap, memang sentiasa dirasai. Mas juga ada buat kesilapan sikit sewaktu persembahan kawad itu. Meskipun berlatih di minit-minit akhir, pasukan kawad KKM berjaya mendapat tempat ketiga.

         Jadi, para pembaca ini menunjukkan bahawa jika kita berlatih dari awal dan tidak buat kerja pada minit-minit terakhir, kejayaan semestinya dalam genggaman.

 

 

4.    Mengangkat sumpah sebagai anak watan

         Majlis mengangkat sumpah ini merupakan momen kemuncak bagi MAW kali ini. Para penuntut baharu UKM akan mengangkat sumpah sebagai warga UKM. Kami diminta berbaju kurung biru untuk pelajar perempuan dan berkemeja putih lengan panjang untuk pelajar lelaki dan bertudung putih untuk para Muslimah. 

        Sebelum majlis ini, setiap dari kami diberikan kain selendang berwarna putih dihiasi jalur lebar biru lembut. Kami memakai kain itu sebagai selempang pada hari kejadian. Majlis turut diselangi dengan ucapan oleh tunjang UKM, bacaan doa dan persembahan. 

P/S: Tiada gambar pada acara ini sebab gemuruh dan risau melanda kembali. However, Mas pretty sure Mas **slay that moment.

*shout-out(slang) - a mention/ credit usually used in hip-hop or dance music

**slay(slang)- to amaze or stun by excellence 

INTRO - MASITA BINTI IDRUS

 

“Bukan emas, bukan Amy Mastura bukan juga Mas Idayu. Boleh panggil diri ini dengan Mas sahaja”

    Hai disana yang membaca biodata insan ini. Nama penuh ialah Masita binti Idrus. Tiada Nur ataupun Nurul hanya Masita semata-mata. Maklumlah orang selalu respon “Eh nama ni, Masita je ke?” Ya betul.

    Mas merupakan pelajar tahun 1 Pentadbiran Perniagaan dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Berumur 19 tahun ini. Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Ilahi untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari semalam.

    Berasal dari Kuala Lumpur. Umpama makan nasi kosong tanpa berlaukkan apa-apa, justeru Mas sering memperkenalkan diri berasal Sabah sebab kedua-dua mak ayah berasal dari sana. Hehe, maklumlah Kuala Lumpur kurang sikit keunikannya. Kepada yang berasal dari Kuala Lumpur jangan makan hati ya, ini cuma pendapat peribadi saja.

    Hobi buat waktu sekarang adalah membaca komik online dan menonton Kdrama. Hobi tersebut mungkin kelihatan keanak-anakan namun saya memerlukan aktiviti tersebut sebagai tonik untuk kehidupan peribadi yang sentiasa dikelilingi stres sahaja.

    Mas tiada cita-cita yang spesifik buat masa sekarang ini, namun sejujurnya Mas nak bekerja di semua jenis syarikat baik dari syarikat kerajaan mahupun swasta. Hal ini kerana Mas ingin mengenali ramai orang kerana rambut sama hitam, hati lain-lain serta membina networking.

Moto hidup Mas pada waktu semasa ialah  It is what it is.

Hal ini kerana Mas sering tangisi akan kesilapan lampau dan mengulang kembali senario itu berkali-kali di dalam kepala. Moto hidup ini mengajar Mas bahawa usahlah kita berpaut pada kehidupan lampau hanya untuk menyeksa diri pada kehidupan sekarang, yang terjadi biarlah berlalu sebaliknya refleksi diri terhadap situasi itu agar pisang tidak berbuah dua kali dan jiwa tidak menjadi galau lagi.

Salam perkenalan dari Mas dan semoga kita dapat menjadi kenalan yang akhirnya menjadi kawan.   ðŸ˜†

Thursday, 22 December 2022

Tempat menarik di UKM

Bissmillahhirahmanirrahim, assalamualaikum dan hai semua!!Kali ni saya nak ceritakan pula tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di UKM.Memandangkan UKM ini luas dan besar jadi pelbagai tempat yang boleh anda kunjungi sewaktu anda berada di UKM.

1.Kolam Renang,Danau

Disini anda dapat mandi-manda bersama rakan-rakan sambil-sambil tu dapat hilangkan stress assignment yang banyak tu hehe..Bukan sahaja pelajar UKM yang dapat mandi di sini, malah orang awam juga dibenarkan mandi di kolam renang,Danau.Kolam ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad.

Harga untuk masuk ke kolam renang,Danau seperti berikut:-

  • Dewasa RM7
  • Kanak-kanak/remaja bawah 18 tahun RM5
  • Student UKM RM5 (Perlu tunjuk kad matrik)
  • Kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah RM5
Berikut adalah waktu operasi bagi kolam renang,Danau:-
  • Sesi 1 8:00AM - 9:40AM
  • Sesi 2 10:30AM - 12:10PM
  • Sesi 3 2:30PM - 4:10PM
  • Sesi 4 5:00PM - 6:40PM
  • Sesi 5 8:00PM - 9:40PM

2.Pusanika,UKM

Di Pusanika terdapat pelbagai kemudahan seperti gerai dan kedai makanan, mesin ATM, pos laju, kedai service photostat dan banyak lagi.


3.Hot Meal Bar,UKM

Siapa disini penggemar mee tarik?Ini adalah tempat yang wajib anda kunjungi kerana keenakan mee tariknya sumpah sedap!! Harganya juga murah siap ada diskaun lagi kepada student UKM dengan perlu menunjukkan kad matrik.Airnya pula hanya perlu membayar RM1 untuk satu cup dan korang boleh refill berapa kali yang korang mahu..Berbaloi kan!!!Saya telah makan di sini berkali-kali dan memang tidak menyesal..Selain mee tarik, korang juga perlu mencuba dumplingnya yang mempunyai isi ayam/daging.




4.BookWorm Cafe,UKM

Bagi yang craving nak makan oden dan corndog tu korang boleh la datang ke cafe ni, oden dan corndog dia sedap, saya dah pernah try.Selain itu, ada juga makanan lain selain oden dan corndog seperti pau, minuman, dan makanan ringan. 




Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...