Wednesday, 28 December 2022

MID SEM BREAK - ALIAH

 CUTI - CUTI MID SEM

Banyak tempat telah saya pergi, semuanya menjadi kenangan yang saya akan ingati sampai bila bila. Untuk blog kali ini, saya ingin berkongsi tempat yang baru baru sahaja saya lawati, ialah di sungai manggis hulu langat. Saya telah kesana Bersama keluarga dan Bersama pakcik dan makcik saya kesana. Kami berangkat dari rumah anggaran pada pukul 9 pagi. Setibanya di sana kami membina khemah yang dibawa dan menyewa tempat untuk memudahkan persalinan selepas mandi manda.



Setibanya disitu ibu ibu bersiap sedia dengan makanan yang sudah disediakan untuk memasak Bersama dan bapa bapa pula membina apa yang patut. Kanak kanak pula sudah berada di dalam air. Cuaca pada hari tersebut agak baik pada mulanya namun apabila petang tiba hujan mula membasahi sedikit demi sedikit tiba lebat hanya renyai sahaja.  



Ketika hendak membakar ayah dan lelaki dewasa yang lain mencari kayu atau buluh untuk dijadikan tapak untuk meletak grill pembakar untuk memulakan pembakaran. Saya juga berpeluang untuk main masak masak diluar dengan pemandangan sungai yang sangat tenang dilihat. Ramai juga pengunjung yang hadir pada hari tersebut tetapi tidak terlalu padat dan sangat selesa mungkin kerana tidak ramai yang tahu tentang tempat itu. 

Selain daripada itu, kami juga pergi berkelah di Putrajaya, sememangnya kami akan sediakan dulu makanan daripada rumah, saya pergi Bersama dengan makcik makcik saya. Dekat Putrajaya kami juga main basikal, lumba basikallah konon nya. Lama juga kat sana tu, panas ceng ceng orang kata. Di Putrajaya ada yang main kayak dan naik bot sampai lah tengah hari kami pun balik kerumah.




Hari keesokannya saya dan keluarga dan makcik saya, pergi ke ikea membeli belah, jalan jalan, makan makan, tak lama pun kerana semua perempuan je kecuali budak budak. Malam daripada tu kami pula keluar ke ioi untuk melihat mechamato boboiboy. Besttt tapi takleh kalahkan ejen ali hihi.



Banyak lagi aktiviti yang dibuat seperti bertemu kawan lama, lepak bersama mereka. tapi sampai sini sahaja cerita saya untuk kali ini. 

 


No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...