Friday, 23 December 2022

MINGGU PERTAMA DI UKM - MASITA

 

Swafoto bersama mak. Hiraukan sudut gambar ini, maklumlah Mas bukan seorang fotogenik.

Sewaktu dalam perjalanan ke kolej, menaiki bas UKM. Mas tak mengintip akak itu ya, cuma Mas ambil gambar ini secara rawak sebab gemuruh yang tak boleh disembunyikan lagi.

1.    Pengalaman pada hari pertama di UKM

        Sebaik kaki mencecah bumi UKM ini, jujur pelbagai perasaan bercampur baur. Hiba, kagum, syahdu, galau. Mas datang ke sini ditemani mak, ayah, dan adik. 

        Pada awalnya, momen ini masih lagi terasa sebagai khayalan semata-mata kerana Mas bukanlah orang yang bijak akademik mahupun di bidang bukan akademik. Tindakan sambung belajar ini pun hanya untuk membahagiakan ibubapa; lagi-lagi bapa yang tidak kesampaian sambung ke menara gading dek masalah keluarga yang kian mencengkam. Waktu menulis blog ini pun, perasaan yang sama turut hadir berkunjung.

         Sepanjang perjalanan ke Dewan Gemilang sebelum menuju ke Kolej Keris Mas, perasaan kagum memenuhi diri kerana ramai-ramai orang memohon ke UKM, Mas antara insan terpilih ke Universiti Watan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Senang cerita, belajar bersungguh-sungguh dan alami perasaan yang Mas sendiri rasai ini. Syahdu menguasai diri apabila melihat reaksi mak ayah yang tergamam dengan keunikan rekabentuk di UKM ini. InsyaAllah ijazah BBA, mu tunggu ku datang!



 

Video menunjukkan slogan KKM daripada senior-senior KKM.

Suasana sewaktu perang laungan pada hari terakhir MAW 2022. Penampilan istimewa : ULTRAS UKM.

2.   Belajar mengenai perang DECTAR. 

        Sebagai seorang introvert, Mas lebih suka akan keadaan yang tenang, harmoni dan santai sehinggalah Mas dikenalkan perang DECTAR oleh senior-senior sewaktu Minggu Apresiasi Watan 2022.

         Perang Dectar adalah warcry atau perang laungan antara kolej-kolej di UKM pada hari terakhir minggu MAW bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Perang ini akan dimenangi oleh kolej yang bertahan hingga ke akhir yang akhirnya akan mengemas sendiri dewan tersbut. Senior memaklumkan bahawa KKM sentiasa memenangi perang DECTAR tersebut sebab KKM sentiasa mempunyai pelajar baharu teramai dan slogan yang paling gempak dibandingkan dengan kolej lain. Antara slogan yang Mas ingat adalah: 

Bangsa apa,

Bangsa Keris!

KKM sehati sejiwa!

KKM sehati sejiwa!

Mencipta kelainan, mencabar kelaziman!  

Pastikan kemenangan, milik kita!

Bangsa Keris!

Bangsa, Bangsa Keris!

Gooooo,

Tigersssss!

Persaingan memang sengit. Malahan, KKM sendiri telah melakukan gabungan beserta kolej lain seperti Kolej Rahim Kajai(KRK) dan Kolej Tun Syed Nasir(KTSN) hanya untuk mengalahkan Kolej Pendeta Zaba’(KPZ). KPZ merupakan musuh tradisi bagi KKM dalam setiap edisi warcry yang dianjurkan. Selepas acara ini, anda akan mengalami sakit tekak dek penggunaan suara sehingga ke tahap maksimum Sayang sekali, KKM gagal mempertahankan kemenangan buat edisi kali ini namun begitu memori yang tercipta akan disemat dalam ingatan selamanya.




Bersama para senior dan bunga-bunga kawad kaki MAW 2022

Bunga-bunga yang mekar di malam hari

Hehe. Saja nak kongsi sebab diri nampak menarik disini.

*Shout-out to Cik Nisa Nur Jannah for capturing this one. 

3.    Meyertai acara kawad

         Tidak lupa juga, Mas ada sertai acara kawad kaki kolej bersempena hari sukan MAW yang dirasmikan sendiri oleh Naib Canselor UKM. Majlis turut disertai oleh para mahasiswa UKM antaranya ialah Nur Dhabitah Sabri iaitu atlet terjun negara yang tidak perlu disangkal lagi kehebatan beliau.

        Pasukan kawad kami tak buat sebarang persediaan pun kerana katandusan masa lapang. Kami cuma berlatih dalam 2 jam sebelum perarakan bermula. Risau dan gemuruh itu, jangan cakap, memang sentiasa dirasai. Mas juga ada buat kesilapan sikit sewaktu persembahan kawad itu. Meskipun berlatih di minit-minit akhir, pasukan kawad KKM berjaya mendapat tempat ketiga.

         Jadi, para pembaca ini menunjukkan bahawa jika kita berlatih dari awal dan tidak buat kerja pada minit-minit terakhir, kejayaan semestinya dalam genggaman.

 

 

4.    Mengangkat sumpah sebagai anak watan

         Majlis mengangkat sumpah ini merupakan momen kemuncak bagi MAW kali ini. Para penuntut baharu UKM akan mengangkat sumpah sebagai warga UKM. Kami diminta berbaju kurung biru untuk pelajar perempuan dan berkemeja putih lengan panjang untuk pelajar lelaki dan bertudung putih untuk para Muslimah. 

        Sebelum majlis ini, setiap dari kami diberikan kain selendang berwarna putih dihiasi jalur lebar biru lembut. Kami memakai kain itu sebagai selempang pada hari kejadian. Majlis turut diselangi dengan ucapan oleh tunjang UKM, bacaan doa dan persembahan. 

P/S: Tiada gambar pada acara ini sebab gemuruh dan risau melanda kembali. However, Mas pretty sure Mas **slay that moment.

*shout-out(slang) - a mention/ credit usually used in hip-hop or dance music

**slay(slang)- to amaze or stun by excellence 

No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...