Hai, kembali lagi bersama saya Mas.
Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu ini, kesemua kelab dan organisasi di UKM berada disini bagi mempromosi kelab mereka dan menarik penyertaan para pelajar baharu untuk mendaftar sebagai ahli.
Mas turut tak terkecuali sebab memang minggu tu banyak masa lapang jadi pergilah kesana.
Aras 6 dan 5 Pusanika dipenuhi ramai orang baik dari pelajarnya, kakitangannya mahupun orang luar. Masa tengah pusing-pusing mencari barang percuma yang mereka tawarkan Mas terserempak dengan satu organisasi luar di UKM iaitu Sekolah Seni Malaysia. Mereka merupakan sebuah sekolah yang berfokuskan kepada bidang seni seperti seni lukis, tari, nyanyi, bina dan macam lagi-lagi.
Berikut adalah gambar yang sempat Mas ambil pada hari itu.
Kesemua gambar yang ditunjukkan merupakan karya dari pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Jika anda bertanggapan bahawa 'Ah, sekolah seni je pun. Apa menariknnya?'
Anda mempunyai persepsi yang salah. Sekolah Seni Malaysia berfokuskan kepada seni tidak bermakna akademik ditinggalkan. Malahan, terdapat alumni mereka yang mempunyai pekerjaan sebagai doktor kesihatan, jurutera dan berbagai lagi.
Justeru, usahlah memandang enteng terhadap sekolah yang bertaraf antarabangsa ini, dan janganlah menidakkan hak anda atau orang lain dari menceburi bidang seni kerana,
Dunia tiada warnanya
Jika
Seni lenyap di mata dunia
No comments:
Post a Comment