Thursday, 22 December 2022

Tempat menarik di UKM

Bissmillahhirahmanirrahim, assalamualaikum dan hai semua!!Kali ni saya nak ceritakan pula tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di UKM.Memandangkan UKM ini luas dan besar jadi pelbagai tempat yang boleh anda kunjungi sewaktu anda berada di UKM.

1.Kolam Renang,Danau

Disini anda dapat mandi-manda bersama rakan-rakan sambil-sambil tu dapat hilangkan stress assignment yang banyak tu hehe..Bukan sahaja pelajar UKM yang dapat mandi di sini, malah orang awam juga dibenarkan mandi di kolam renang,Danau.Kolam ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad.

Harga untuk masuk ke kolam renang,Danau seperti berikut:-

  • Dewasa RM7
  • Kanak-kanak/remaja bawah 18 tahun RM5
  • Student UKM RM5 (Perlu tunjuk kad matrik)
  • Kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah RM5
Berikut adalah waktu operasi bagi kolam renang,Danau:-
  • Sesi 1 8:00AM - 9:40AM
  • Sesi 2 10:30AM - 12:10PM
  • Sesi 3 2:30PM - 4:10PM
  • Sesi 4 5:00PM - 6:40PM
  • Sesi 5 8:00PM - 9:40PM

2.Pusanika,UKM

Di Pusanika terdapat pelbagai kemudahan seperti gerai dan kedai makanan, mesin ATM, pos laju, kedai service photostat dan banyak lagi.


3.Hot Meal Bar,UKM

Siapa disini penggemar mee tarik?Ini adalah tempat yang wajib anda kunjungi kerana keenakan mee tariknya sumpah sedap!! Harganya juga murah siap ada diskaun lagi kepada student UKM dengan perlu menunjukkan kad matrik.Airnya pula hanya perlu membayar RM1 untuk satu cup dan korang boleh refill berapa kali yang korang mahu..Berbaloi kan!!!Saya telah makan di sini berkali-kali dan memang tidak menyesal..Selain mee tarik, korang juga perlu mencuba dumplingnya yang mempunyai isi ayam/daging.




4.BookWorm Cafe,UKM

Bagi yang craving nak makan oden dan corndog tu korang boleh la datang ke cafe ni, oden dan corndog dia sedap, saya dah pernah try.Selain itu, ada juga makanan lain selain oden dan corndog seperti pau, minuman, dan makanan ringan. 




No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...