Hai assalamualaikum semua!! Kalini saya kembali untuk menceritakan bagaimana liku-liku dan pengalaman pahit manis saya sepanjang seminggu saya berada di UKM.Minggu pertama adalah minggu kami sebagai pelajar untuk suaikenal bersama rakan, menjelajah tempat-tempat di UKM dan mengenali mentor-mentor dan pensyarah-pensyarah yang ada.Minggu pertama ini dipanggil sebagai Minggu Apresiasi Watan (MAW).Banyak pengalaman baharu yang saya dapat sepanjang MAW ini dijalankan.
- Perasaan saya semasa hari pertama ingin menjejakkan kaki di UKM ini sangatlah excited dan agak berdebar sedikit maklumlah first time merasa masuk universiti sebelum ini hanyalah kolej yang tidak terlalu besar.Sebaik saja tiba di UKM, saya dan keluarga perlu meletakkan kereta di Dewan Gemilang lalu mengangkat barang-barang menaiki bas untuk ke kolej saya iaitu Kolej Keris Mas.Tiba di kolej saya terus diarahkan untuk membuat pendaftaran dan pergi kebilik untuk mengemas apa yang patut.
|
Masuk melalui pintu 2 UKM. |
|
Kolej Keris Mas. |
- Seterusnya adalah hari dimana kami bertemu dan mengenali akak-akak dan abang-abang fasi lalu melakukan aktiviti bersama.Kami mempelajari cara cheers dan tepukkan turun-temurun bagi Kolej Keris Mas.Kemudian kami diarahkan ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) untuk taklimat MAW.
- Pada hari berikutnya,kami ke Stadium UKM untuk melihat acara kawad kaki antara kolej dan melihat perlawanan bola antara pensyarah dan pelajar.
- Selain itu,kami juga berkesempatan ke masjid universiti untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah sempena hari maulidurasul.
- Pada hari angkat sumpah, kami sebagai pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia diarahkan untuk berpakaian seragam iaitu berbaju biru dan bertudung putih manakala lelaki berkemeja putih, untuk acara mengangkat sumpah dan secara rasminya kami telah bergelar sebagai anak watan.Kami juga dapat melihat pelbagai persembahan menarik.
- Akhir sekali adalah acara kemuncak.Ini ialah acara yang dinanti-nantikan oleh semua anak watan iaitu perang DECTAR.Perang ini adalah acara dimana kami semua akan berlawan cheers antara kolej sehingga larut malam.Acara ini adalah acara yang paling tidak dapat saya lupakan kerana kita dapat lihat semangat berpasukan dan tenaga yang penuh diberikan oleh setiap orang.
No comments:
Post a Comment