“Bukan emas, bukan Amy Mastura bukan juga Mas Idayu. Boleh panggil diri ini dengan Mas sahaja”
Hai disana yang membaca biodata insan ini. Nama penuh ialah Masita binti Idrus. Tiada Nur ataupun Nurul hanya Masita semata-mata. Maklumlah orang selalu respon “Eh nama ni, Masita je ke?” Ya betul.
Mas merupakan pelajar tahun 1 Pentadbiran Perniagaan dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berumur 19
tahun ini. Alhamdulillah masih diberikan peluang oleh Ilahi untuk menjadi insan
yang lebih baik dari hari semalam.
Berasal dari
Kuala Lumpur. Umpama makan nasi kosong tanpa berlaukkan apa-apa, justeru Mas
sering memperkenalkan diri berasal Sabah sebab kedua-dua mak ayah berasal dari
sana. Hehe, maklumlah Kuala Lumpur kurang sikit keunikannya. Kepada yang
berasal dari Kuala Lumpur jangan makan hati ya, ini cuma pendapat peribadi saja.
Hobi buat
waktu sekarang adalah membaca komik online dan menonton Kdrama. Hobi tersebut
mungkin kelihatan keanak-anakan namun saya memerlukan aktiviti tersebut sebagai
tonik untuk kehidupan peribadi yang sentiasa dikelilingi stres sahaja.
Mas tiada cita-cita yang spesifik buat masa sekarang ini, namun sejujurnya Mas nak bekerja di semua jenis syarikat baik dari syarikat kerajaan mahupun
swasta. Hal ini kerana Mas ingin mengenali ramai orang kerana rambut sama
hitam, hati lain-lain serta membina networking.
Moto hidup Mas pada waktu semasa ialah It is what it is.
Hal ini
kerana Mas sering tangisi akan kesilapan lampau dan mengulang kembali senario
itu berkali-kali di dalam kepala. Moto hidup ini mengajar Mas bahawa usahlah
kita berpaut pada kehidupan lampau hanya untuk menyeksa diri pada kehidupan
sekarang, yang terjadi biarlah berlalu sebaliknya refleksi diri terhadap
situasi itu agar pisang tidak berbuah dua kali dan jiwa tidak menjadi galau
lagi.
Salam perkenalan dari Mas dan semoga kita dapat menjadi kenalan yang akhirnya menjadi kawan. 😆
No comments:
Post a Comment