Friday, 23 December 2022

TEMPAT MENARIK - MASITA

Restoran Hot Meal Bar

Inilah rupa mi tarik itu. Hiraukan kualiti persembahan makanan Mas ya.

1.   Restoran Hot Meal Bar, Pusanika, UKM

          Pada hari pertama di UKM, selepas dah siap-siap mengemas bilik dan benda sekufu dengannya, Mas terus pergi cari satu-satunya Restoran Mi Tarik di UKM iaitu Restoran Hot Meal Bar di aras 3, Pusanika. 

        Mas tahu kewujudan restoran ini melalui aplikasi TikTok yang menyatakan restoran ini adalah destinasi wajib dikunjungi. Mi tarik dia memang sedap dan dijamin 100% kenyang sampai ke malam. 

        Oh ya, mereka juga menyediakan diskaun pelajar. Untung saja Mas pergi masa hari pertama kerana keadaan tidak sesibuk seperti hari-hari kuliah.



 

Caramel Machiato dan Mexican Coffee bun. Siapa yang tahu makna tulisan itu, komen ya!
Oh ya, rasa kopi itu tak begitu manis sebab Mas minta kurang manis. 9/10 secara keseluruhan.

2.   Monti Keopi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

         Kepada pencinta kafein dan budaya Korea, kafe ini wajib anda kunjungi. Mas bukanlah seorang pencinta kafein tapi lebih kepada menikmati akan kehangatan kafein yang baru dibru.

         Kafe ini terletak di aras 1, FSSK. Kafe turut menyediakan roti dan macam-macam lagi. Harga adalah mampu milik bagi seorang pelajar namun digalakkan untuk beli 2-3 cawan setiap bulan kerana menjaga kesihatan adalah suatu yang mustahak. Kafe ini ala-ala Starbuck; Pembeli boleh minta kurang gula, tambah espresso dan lain-lain. 

        Memandangkan kafe ini berkonsepkan budaya Korea, pengunjung akan disajikan dengan cawan comel yang mempunyai tulisan Hangul serta kafe yang minimalis; sesuai sebagai lokasi berswafoto.



 

Ini adalah pemandangan dari perhentian bas. Unik kan, reka bentuk bangunan di UKM. Bangunan yang anda lihat itu merupakan Perpustakaan Tun Sri Lanang.

Ini pula ialah gambar berfokuskan kepada awan. Menarik kan? 
ᨆTenang ribut jiwaᨆ

3.   Perhentian Bas Perpustakaan Tun Sri Lanang

        Mesti pelik kan? Banyak-banyak tempat, perhentian bas juga dipilih.

         Mas pilih lokasi ini sebab ini adalah lokasi yang Mas paling kerap kunjungi meskipun berasal dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

         Bas Zon 2,3,6 dan Bas MRT T451 akan berhenti di sini dengan kekerapan bas: 20 minit. Mas suka dekat sini sebab dapat menikmati lanskap awan yang damai, melihat ragam orang ramai baik pejalan kaki mahupun pengguna kenderan.    

        Sekiranya, anda singgah ke perhentian ini pada waktu 11 pagi keatas, anda digalakkan membawa payung kerana bahang matahari pada waktu ini amat terik.



 

Ini gambar sewaktu Minggu Apresiasi Watan bersama Domain Kelestarian. Di belakang merupakan Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas + Kafe.

Pemandangan dari bilik Mas. Disini Mas sering dapat lihat interaksi hidupan fauna ya.

4.   Kolej Keris Mas, UKM

        KKM adalah antara kolej terbesar di UKM Bangi ini. KKM merupakan satu-satunya kolej di bangi yang dilengkapi dewan dan gelanggang badminton.

         Infrastruktur di KKM sendiri adalah yang terbaik seperti dilengkapi mesin basuh, mesin pengering, penapis air ( Coway dan Cuckoo) di setiap blok. 

        KKM juga sering menjadi destinasi perhentian bagi berbagai jenis fauna seperti beruk, monyet, anjing, kucing dan bermacam lagi. 

        Sekiranya anda terpilih kesini, bersyukurlah kerana anda turut dapat merasai sendiri interaksi secara langsung dengan hidupan fauna ini.  

No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...