Wednesday, 21 December 2022

TEMPAT : DECTAR UKM - ALIAH

 DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK - UKM

Setelah beberapa bulan di ukm, tempat yang paling meninggalkan kesan dan banyak memorinya adalah semestinya di dectar dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM. Banyak perkara yang kami lakukan disitu termasuklah dengan membaca ikrar janji pelajar.



Saya berkesempatan untuk pusing pusing didalam dectar kerana banyak meluangkan masa duduk disitu. Dari tingkat bawah hingga lah keatas saya naik. Yang penting tandas banyak hihi.

Dectar satu tempat yang luas dan besar mampu menempatkan ribuan pelajar dalam satu masa. Ketika berada didectar, perkara yang paling saya tidak akan lupakan adalah malam perang dectar yang diikuti dan sertai oleh semua pelajar baru kolej kolej yang ada seperti aminuddin baki, dato on , Rahim kajai yang jauh jauh pun turut serta.

Sedikit video yang saya sempat rakam sebab best sangatt!!





Yang penting kolej aminuddin baki keluar awal atas faktor – faktor tertentu bak kata ketua felo kami, biar menang di tempat lain hihi. Perang dectar sangatlah bising , meriah, dengan peluh pelajar menusuk kehidung akibat terlalu lama didalam. Kerusi kerusi yang ada juga dialihkan semua mereka boleh bersorak di tengah. Seronok melihat kejadian pada malam itu, ramai yang bersemangat melaungkan lagu lagu kolej sendiri dan bersorak seperti di stadium. Satu kenangan yang takkan saya lupa.



Selain itu, persembahan juga banyak diadakan di dectar pada acara perasmian. Saya juga sempat untuk pergi dibelakang tabir iaitu panggung seni. Seronok melihat artis artis yang terlibat sedang berlatih untuk membolehkan persembahan berjalan dengan lancar. Yang penting penghawa dingin onzzz.






Di dectar jugalah berlangsungnya konvo alumni pelajar yang sudah tamat belajar. Di dectar juga tapak tapak untuk berniaga bagi pelajar juga disediakan pada hari tersebut selama satu minggu konvo berlangsung. Meriah juga disana terdapat tapak persembahan yang disediakan untuk pelajar sertai dan bergembira.

Apa apa pun dectar memang tempat yang best la setakat ni di ukm yang saya lalui sepanjang tempoh singkat berada di ukm. Insya allah akan explore lagi di tempat tempat lain hihihi.

No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...