PENGALAMAN DI UKM PADA MINGGU PERTAMA
Pada hari pertama mendaftar di ukm agak berat untuk saya kerana sudah berbulan duduk Bersama keluarga selepas tamat diploma, rasa rindu dan homesick orang kata sedangkan rumah saya dengan ukm dekat saja.
Hari pertama sangatlah sibuk dimana selepas sahaja pukul 4
petang tidak silap, kami harus berkumpul di k4. Saya mendapat kolej Aminuddin
baki yang sangat dekat dengan fakulti saya, sangat bersyukur. Petang itu kami
diberi baju ukm dan baju kolej, kemudian kami diarahkan untuk mendengar
taklimat Bersama pemudah cara yang terlibat. Hari pertama saja sudah memenatkan
tidak silap saya tidak sempat untuk Menyusun baju kerana pulang ke bilik pada 1
pagi. Pada pagi keesokan nya saya nyaris lewat berkumpul kerana salah info.
Ingatkan kena ready pukul 7 jadi saya bangunlah pukul 6 rupa- rupanya pukul 6
tu dah kena turun berjemaah. Kawan bilik hadapan kemain gelakkan saya sebab
bangun pukul 6 huhu.
Minggu pertama yang sangat sibuk bagi saya membuatkan saya
mahu cepat cepat habis sesi perkenalan huhu. Kami dipadati dengan acara yang
sudah diuruskan oleh pihak pengurusan. Hari kedua juga padat, kami dibawa ke
dectar dengan berjalan kaki bagi sesi maw 2022. Sangat penat. Kami pulang juga
dengan berjalan kaki sepanjang aktiviti yang melibatkan pergi ke dectar. Pada
hari tertentu, kami juga diarahkan untuk ke dewan sukan tidak silap, kerana ada
aktiviti sukan dan senamrobik. Lagi sekali kami harus berjalan dari kolej
kesana. Sangatlah jauh. Belum sampai kedestinasi sudah peluh habis semuanya
huhu.
Dalam minggu perkenalan maw2022 juga kami mendengar ceramah
di masjid ukm pada malamnya. Pelajar perempuan memakai pakai kurung lelaki pula
pakaian sopan bagi menghormati majlis. Disitu saya terjumpa dengan kawan lama
saya, setelah beberapa hari bermain mata sahaja di dalam dectar akhirnya kami
bertemu disitu. Selesai sahaja kami berkumpul di dataran k4 aminuddin baki bagi
pelajar yang berada di kolej itu dan pulang kebilik lewat malam lagi seperti
biasa.
Saya juga terlibat dengan acara pembukaan di ukm sebagai
pengurus seni di panggung seni dimana menjadi pembantu mereka yang membuat
persembahan. Saya banyak menghabiskan masa di belakang pentas memerhati jika
ada yang memerlukan. Dapat juga melihat mereka rehearsal. Banyak persembahan
yang diadakan disana seperti nyanyian , tarian , lakonan dan banyaklah lagi.
Memang best tengok.
Pada hari rabu kami telah ke dectar sekali lagi bagi membaca
ikrar janji sebagai pelajar di ukm. Kami disuruh untuk memakai baju bertemakan
biru dan bertudung putih bagi pelajar perempuan. Dan kolej aminuddin baki masih dikenakan untuk berjalan kaki ke sana
dengan keadaan hujan. Memandangkan hari tersebut adalah hari terakhir, kami
juga didectar pada malamnya untuk malam perang dectar.
Selepas daripada acara itu maka tamatlah sesi formal untuk
kami , dan selepas satu minggu kami dibenarkan pulang kerumah jika mahu.
Tentunya saya pulang kerumah hihi. Apa yang saya boleh ringkaskan sepanjang minggu pertama di ukm adalah sangat mencabar , penat, tiada rehat, tetapi seronok di tempat baru. Yang paling penting kolej aminuddin baki the
best sebab menang acara sukem hihi.
Sampai bertemu lagi !!
No comments:
Post a Comment