Pengenalan diri
Hi dan assalamualaikum semua!! Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.Nama yang diberi Mazdyanarisha Binti Rosdi.Mesti korang baca ni rasa macam nama saya susah nak sebut dan panjang, takpe korang boleh panggil saya Maz atau Dyana je, ikut keselesaan masing-masing.Saya lahir pada tanggal 18 September 2003, dan kini berumur 19 tahun (2022), disebabkan kita dah nak memasuki tahun 2023 jadi umur saya sudah hampir 20 tahun hehe macam tak percaya yang dirini sudah hampir masuk ke alam 20-an...Saya dilahirkan di Hospital Kuala Krai, Kelantan.Tetapi saya telah lama dibesarkan di selangor jadi loghat Kelantan tu saya tak reti sangat hehe..Kini ini saya baru sahaja berpindah ke Kampar, Perak.Hidup merantau sudah terbiasa bagi saya kerana sejak kecil saya dan keluarga sering berpindah-randah dan merantau ke negeri lain-lain.Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya merupakan anak sulong.Pendidikan
Ketika berumur 5 & 6 tahun, saya telah diberikan pendidikan awal di Tabika Kemas Bukit Beruang, Melaka.Kemudian saya meningkatkan lagi pendidikan saya ke Sekolah Rendah Puchong Indah (SKPI) bermula pada tahun 2010 hingga tahun 2015.Seterusnya saya melanjutkan lagi pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana (SMKPP) pada tahun 2016 hingga 2021, mesti kalian tertanya "kenapa sekolah menengah sampai 6 tahun bukan 5 tahun je ke?", ini kerana kami adalah batch yang dilanda wabak Covid-19 yang menyebabkan SPM kami ditunda dan kami tamat pengajian sedikit lambat dari yang lain.Kemudian saya meneruskan lagi perjalanan saya sebagai pelajar di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak bagi tahun 2021/2022 dan mengambil jurusan perakaunan.Alhamdulillah setelah tamat pengajian saya di matriks saya diberi peluang menyambung lagi pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian.
No comments:
Post a Comment