"MEMORABLE PLACES"
Assalamualaikum/Hai,
Pada penulisan kali ini, saya ingin memberitahu 2 tempat kegemaran saya semasa berada di UKM dan semestinya mempunyai sebab-sebab mengapa ia menjadi tempat pilihan saya walaupun banyak lagi tempat yang menarik di sekitar kawasan universiti ini.
GELANGGANG
Lokasi gelanggang adalah berhampiran dengan Dataran Panggung Seni dan juga kolej kediaman, Kolej Tun Hussien Onn. Gelanggan menjadi tempat kegemaran saya kerana saya menghabiskan banyak masa berada di tempat tersebut dengan tujuan latihan bagi mempersiapkan diri ke pertandingan antara kolej, SUKEM 2022.
KAFETERIA KUO
Kafeteria KUO ada kafeteria bagi para penghuni Kolej Ungku Omar. Kafe ini menjadi salah satu tempat kegemaran saya apabila makanan yang disediakan dari segi lauk-pauk (Ala cartéada sedap dan dimasak dengan baik di samping harga yang berpatutan bagi pelajar serta air minuman yang dapat disajikan dalam masa yang singkat kepada pembeli. Jika dibandingkan dengan kafeteria kolej lain seperti Kolej Keris Mas atau Kolej Pendeta Za'ba, Kafeteria KUO adalah lebih kecil namun tidak menjadi penghalang kerana berjaya menjadi tempat tumpuan para pelajar dari pelbagai kolej terutamanya pelajar antarabangsa, Kolej Ibu Zain (Indonesia, China, Korea dll.) untuk makan tengahari di kafe ini.
No comments:
Post a Comment