NUR ALIAH SYAFIQAH BINTI MOHD ZULKEFLI A194490 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini adalah kali pertama saya membuat blogger, jadi ingin saya perkenalkan diri saya Nur Aliah Syafiqah yang lebih mesra dipanggil oleh rakan rakan ialah Al. Sedikit perkongsian yang saya ingin ceritakan tentang diri saya, saya lahir di Hospital Putrajaya Wilayah Persekutuan namun menetap di Selangor.
DIRI SAYA
Saya berumur 19 tahun pada tahun ini dan akan menginjak ke umur 20 tahun, tahun 2023. Personaliti saya adalah ISFJ mbti yang telah dibuat. Saya sebenarnya agak malu untuk berbual dengan sesiapa yang baru saya kenal. Sukar untuk memulakan percakapan tetapi percayalah saya cuba sebaik mungkin untuk mendekati orang disekeliling.
Ketika
menunggu keputusan SPM, saya pernah bekerja di kilang kuih kecil dikawasan
perumahan saya. Ketika bekerja disitu saya diberi peluang untuk belajar membuat
karipap frozen, pau frozen , intinya dan banyak lagi. Tapi malangnya covid-19
melanda membuatkan kilang tersebut terpaksa dihentikan seketika. Pengalaman
bekerja yang kedua saya adalah menjadi cashier di supermarket econsave bangi.
Disitu, saya peroleh teman sekerja yang baik hati dan peramah membuatkan saya
mahu bekerja lebih lama tetapi saya diberi peluang untuk sambung belajar pada
October lalu.
PENDIDIKAN AWAL
Pada awal Pendidikan saya telah mendapat Pendidikan di sekolah
rendah Kajang Utama dan sekolah agama integrasi Al- hidayah pada usia 7 tahun
sehingga lah 12 tahun. Selepas sahaja menduduki UPSR saya menyambung disekolah
menengah harian di kajang utama juga iaitu SMKKU. Selepas sahaja menduduki
sijil peperiksaan Malaysia (SPM) saya mendapat tawaran untuk melanjutkan
pengajian di peringkat diploma di Kolej Professional Mara Beranang (KPMB).
Selepas tamat pengajian diploma selama 2 tahun di kpmb, saya menyambung
pelajaran di university kebangsaan Malaysia, bangi (ukm).
Ketika saya bersekolah di sekolah rendah dan menengah saya
merupakan pengawas sekolah dari darjah 2 sehingga darjah 6, dan daripada
tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Saya juga merupakan atlet rumah sukan seperti
bola jaring, acara balapan , dan merentas desa. Tetapi Ketika berada di
pengajian diploma saya sudah tidak bersukan lagi. Mungkin covid-19 memberi
impak besar buat saya dan menyebabkan saya tidak aktif dan tidak rajin lagi
untuk bersukan. Tetapi jiwa saya masih dan tetap setia Bersama sukan.
Sedikit gambar kenangan yang ingin saya kongsikan
graduasi sekolah menengah |
acara sukan |
anugerah ketika menjadi pengawas |
bola jaring |
diploma |
Saya merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik terdiri daripada abang, kakak, saya dan adik lelaki. Ayah saya sudah pun bersara dan ibu pula suri rumah. Abang saya Ketika ini sudah pun bekerja selepas tamat belajar manakala kakak saya pula masih melanjutkan pengajian di Terengganu. Adik lelaki pula masih bersekolah di sekolah menengah. Saya juga mempunyai adik angkat yang sentiasa ada Bersama kami daripada kecil sehinggalah umurnya 16 tahun, tahun ini.
No comments:
Post a Comment