Sunday, 18 December 2022

DIRI

KENALKAN

    NAMA                : NOR FATIYAH BINTI MAJURIL
    NO. MATRIK     : A194521
    PROGRAM        : PENTADBIRAN PERNIAGAAN
    FAKULTI           : EKONOMI DAN PENGURUSAN


Assalamualaikum/Hai,
Saya mahasiswi tahun 1 yang sedang menuntut pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada sesi 2022/2023. 

        ASAL


Saya berasal dari Negeri di Bawah Bayu
, salah satu negeri di tanah Borneo iaitu Sabah. Saya menetap di daerah luar bandar dinamakan Kota Marudu yang merupakan daerah di antara dua daerah tumpuan iaitu Kudat dan Pitas di bahagian Utara, Sabah. Kedua ibu bapa saya merupakan penduduk asal daerah Kota Marudu berbangsa Dusun Kimaragang. Saya menetap dan membesar di daerah tersebut sepanjang 19 tahun usia.

LATAR BELAKANG

Keluarga saya terdiri daripada kedua ibu bapa yang telahpun mencecah kategori umur warga emas, 8 orang adik-beradik iaitu 3 lelaki dan 5 perempuan di mana saya adalah anak yang ke-8 ataupun bongsu. Disebabkan faktor umur yang jauh antara saya dan adik-beradik yang lain, saya banyak belajar untuk berdikari dan memikul tanggungjawab sebagai seorang anak dan adik pada usia yang muda. Saya memulakan jalan menuntut ilmu pada usia 6 tahun di Prasekolah SK. Masalog, kemudian sekolah rendah di SK. Masalog, sekolah menengah di SMK Bandau dan peringkat matrikulasi di Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun 2021. 

KEGEMARAN

Pada usia 12 tahun, saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kejohanan bola jaring. Sejak daripada itu, bola jaring adalah sukan yang saya tidak akan lepaskan peluang untuk turut terlibat sehinggalah hari ini. Saya diberi peluang dan ruang untuk melibatkan diri dalam acara bola jaring pada SUKEM UKM 2022 mewakili kolej kediaman yang mana perlawanannya akan berlangsung pada bulan hadapan (Januari). Selain itu, saya juga turut berminat untuk belajar sukan yang lain seperti pingpong, badminton, lompat jauh, pecut dan bola tampar.



" Focus on the step in front of you, not the whole staircase "

No comments:

Post a Comment

Sekolah Seni Malaysia

Hai, kembali lagi bersama saya Mas. Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya sewaktu singgah ke Pusanika sewaktu minggu MAW 2022. Pad waktu i...